Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

 


"Mak ayah makan garam lagi awal dari kamu"

"kamu dengar sajalah apa kami sebut, kami ini lebih berpengalaman" 

Dialog-dialog yang biasa kita dengar dari insan tinggi pangkatnya dalam hidup kita, namanya ibu dan bapa. 

Namun kita juga ada dilema...

"Terkadangnya mereka terang-terang salah", kata si anak.

Maka bagaimana ingin solusikan perkara ini? 

Buat ibu bapa dan anak, kembalikan diri kita kepada seruan agama. Taqwa kepada Allah. Kita semua makhluk Allah, hambaNya, maka kembali kepada panduan agama akan dapat menenangkan keadaan konflik ini. 

Buat si anak, ibu bapa bukanlah malaikat atau para rasul yang semuanya benar. Mereka BOLEH JADI berbuat kesilapan. Kita boleh untuk tidak taat kepada mereka jika mereka bertentangan dengan agama. Nabi ﷺ bersabda:


لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق 

"tidak boleh taat kepada makhluk pada isu maksiat kepada Sang Pencipta" (HR Ahmad) 


Namun cara kita perlulah juga betul. Mereka memang tidak semuanya betul, tetapi berhalus dan berlembutlah dalam menegur mereka. Terangkan dengan cara terbaik.

Buat ibu bapa, janganlah terlalu angkuh atau ego dari menerima nasihat. 

'Makan garam lebih awal' dari anak tidaklah mensyaratkan perbuatan kita semuanya betul. Banyak sahaja isyarat dari al-Quran bahawa perbuatan nenek moyang terdahulu tidak benar, perbuatan orang yang datang kemudian pula yang lebih tepat. 

Maka janganlah segan silu dari menerima nasihat. Kita akan lebih dihormati oleh si anak dan lebih dekat dengan rahmat Allah jika dapat menerima teguran baik.

"Saya dah cuba tegur ibu bapa tapi mereka tidak mahu dengar juga"

Maka kita perlu berdoa kepada Allah sambil meneruskan niat murni kita dengan usaha yang betul pada tempatnya. 

Merintihlah kepda Allah. Kesusahan kita menegur perkara yang betul lalu mendapat ujian dari Allah, insya Allah, semuanya itu pahala buat kita. 

Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam zon perbahasan cara didikan ibu bapa terhadap anak kerana itu bukanlah bidang saya. Saya hanya menulis untuk sudut agama sahaja. 


Kesimpulan: 

- Ibu bapa tidak semuanya betul, mereka boleh sahaja salah, tetapi mungkin mereka inginkan perkara yang betul cuma cara mereka kurang tepat

- Anak bukan semuanya tepat juga, boleh jadi juga si anak salah, maka banyak bertenang, melihat semula keadaan dan mohonlah nasihat 

- Ibu bapa perlu tegur anak dengan baik, anak jjuga boleh tegur ibu bapa dengan baik, kedua-dua pihak jangan biadap. 

Kita semua mahukan kebahagiaan, cuma mungkin kita tidak tahu cara yang tepat untuk menetapkan kebahagiaan itu. 


Terkadang, permaidani yang kita hamparkan kepada ego kita terlalu merah. 

Ibu bapa terlalu ingin memenangkan diri, anak pula ghairah mengatakan ibu bapa salah.


Elakkanlah kesemuanya ini. 

Banyakkan kita mentadabbur surah Luqman untuk kita mengetahui adab dan tatacara berinteraksi antara ibu bapa dan anak. 


Wallahu a'lam.




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/










Baru-baru dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) ada mempunyai logo (AUTENTIK) keaslian madu (dan produk makanan lain).

Ini berkaitan dengan laporan media mengenai madu palsu di pasaran. KKM mengatakan bahawa "produk madu perlu mengikut standard yang telah ditetapkan iaitu antaranya mengandungi tidak kurang daripada 60 peratus penurunan gula, mempunyai kandungan sukrosa tidak lebih daripada 10 peratus dan tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural (HMF) lebih daripada 80 mg/kg."

Jadi pada asasnya sekurang-kurangnya 60% mengurangkan gula, Tidak lebih daripada 10% sukrosa, HMF tidak lebih daripada 80 mg/kg. 

Daripada 769 sampel yang diambil sejak 2016, hanya 45 (5.85%) didapati tidak memenuhi piawaian.

Hanya 7 syarikat setakat ini menggunakan 'Skim Pensijilan Makanan Autentik' KKM untuk mengesahkan produk madu mereka menepati piawaian yang ditetapkan.



Jadi lain kali anda pergi membeli-belah, cari logo 'AUTENTIk' pada produk madu tersebut.


*****

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Lambakan Madu Tiruan Di Pasaran





Sumber:

https://hq.moh.gov.my/fsq/autentik


https://twitter.com/luxentX/







[SHARE] PANDUAN KEPADA SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN

1️⃣PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.


Contoh: 

✅MAL20011234T (Ubat)

✅NOT123456789K (Kosmetik)


2️⃣Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor 

pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:


✅Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X 

✅Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T

✅Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N


3️⃣Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri 

huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.


4️⃣Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan 

yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).


5️⃣ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / 

agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.


6️⃣JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada 

KKM.


Contoh yang tidak dibenarkan:

❎Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi

❎Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis

❎Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat


7️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’ 

melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.


Contoh produk yang dimakan mengandungi:

✅Glutathione

✅Pearl

✅Gamat

✅Resveratrol

✅Bahan negatif lain. 


8️⃣JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan 

perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik 

sahaja dibenarkan.


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis

❎Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi

❎Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan

❎Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual


9️⃣JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya 

(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran

❎Produk B adalah makanan sunnah


🔟JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)


Contoh yang tidak dibenarkan :

❎Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)

❎Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan 

mengesahkan sumber dari bahan organik)

❎Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil 

(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan 

kanak-kanak)

❎Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan 

kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


⭐TAMBAHAN BUAT SELEBRITI⭐

 

1️⃣Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat 

sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.


2️⃣Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat 

sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.


3️⃣Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak 

mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum 

dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.


⚖️HUKUMAN⚖️


Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat 

(Iklan & Penjualan 1956):


✅Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.


✅Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.




*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.


Sumber:

https://m.facebook.com/








Para ulama’ menyatakan bahawa wanita yang kematian suami tidak dibenarkan keluar dari kediamannya. Ini berdasarkan dalil dari surah al-Talaq ayat 1. 

Saya letakkan dalil surah al-Talaq ayat 1 kerana ia dalil pensyariatan kepada iddah secara umum. Adapun untuk dalil khusus buat wanita yang kematian suami, ada pada surah al-Baqarah ayat 234, iaitu 4 bulan 10 hari :




Namun jika berlaku mudarat, seperti mengancam keselamatan, barulah dibenarkan. 

Dalam masalah ini, kawan kena minta orang
lain menemani kerana ibunya tidak dibenarkan meninggalkan rumah dalam tempoh iddahnya. 

Wallahu a’lam.



Antara hikmah bagi iddah:

- mengosongkan rahim supaya tidak bercampur dengan benih suami yang baru (jika ada)

- penghormatan kepada suami yang telah meninggal dan kesedihan si isteri

Iddah adalah perkara yang diwajibkan dalam agama dan tidaklah berubah hukum asalnya.

Jika isunya adalah masalah perbelanjaan, telah diterangkan sebelum ini bahawa dibenarkan wanita keluar jika tiada wang belanja. 

Ada perkara yang tsawabit, ada yang mutaghayyirat. Maka kena lihat dahulu situasi




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/

https://twitter.com/Muzuzxck/

https://twitter.com/Muzuzxck/












Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top