Cara solat terawih 8 rakaat berjemaah / bersendirian



Salam semua. Pertama sekali saya nak minta maaf jika artikel ini ada kekurangan. Jika ada boleh merujuk pada beberapa pautan blog asal (di hujung entri ini) yang menjadi rujukan asal untuk artikel cara solat terawih ini. Selamat berterawih dengan semangat! Istiqamah dan teruskan buat benda baik. Selalunya imam akan terangkan cara, jadi jangan risau. Boleh ikut perlahan-lahan nanti atau nak senang, tanya orang sebelah (makmum lain) nanti. Insya-Allah niat buat baik akan dipermudah.

 “Solat malam (solat Terawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” 
 (Riwayat Jamaah)


Cara Melakukan Solat Sunat Terawih Lapan Rakaat (Berjemaah)
.
Cara melakukan solat Terawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Terawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam. Setiap dua rakaat dan kemudian dua rakaat lagi (setelah 4) tu ada bacaan doa oleh imam kemudian dua lagi (jadi enam + kemudian lagi 2 untuk 8). Habis sahaja solat terawih berjemaah akan ada solat witir, selalunya witir dibuat 2 rakaat + kemudian 1 rakaat, bergantung pada imam (niat boleh baca di bawah lagi pada artikel ini) boleh baca artikel ni sampai habis di bawah. Terima kasih.

Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sahaja aku solat sunat terawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

.[Klik gambar di bawah untuk lebih besar]
* Merujuk pada nombor dalam gambar: ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4


 * bawah ni rujukan surah (cadangan)
 .

***

Cara solat terawih bersendirian

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

  1. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

    Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

    “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”
     Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

  2. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
  3. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya). 
***


Setelah selesai Solat Terawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Cara Solat Sunat Witir

Permulaan untuk 2 rakaat:
Niat:
“Usolli sunnatal witri rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Solat seperti terawih cuma niat saja berbeza dengan witir. Kemudian selepas beri salam, bangun semula  niat untuk witir 1 rakaat:



“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan (makmuman) lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku solat sunat witir menjadi makmum satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

Kemudian beri salam.

/////

Untuk lebih lengkap rujuk sini: solat-sunat-witir

[Gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian - 
tambahkan MAKMUMAN cuma pada niat (jika berjemaah dan menjadi makmum)]

Sumber: pakcikli00.wordpress

 Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

+ Tips kusyuk terawih
- Ilmu: kena fahami cara dan tahu hikmah solat terawih
- Lisan: banyakkan hafazan, agar lebih kusyuk
- Niat: sebelum ramadan niat untuk tingkatkan kualiti solat
- Perut: Jangan makan kenyang sangat
- Pakaian: Pastikan bersih dan suci
- Berjemaah: selalu buat agar terbiasa
- Datang awal: Selalu yang datang awal atau dekat dengan imam akan lebih kusyuk

Sekian maaf dan terima kasih.
 Jika artikel di atas tidak lengkap, digalakkan merujuk imam atau ustaz di tempat anda selain daripada laman berikut:




23 yang menasihati:

  1. Good post.moga perkongsian ini bermanfaat utk semua, really nice blog, i follow XD

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:58 PM

    tq. sangat bermaanfaat utk semua. :)

    ReplyDelete
  3. THX!! sng skit nk setel masalah klas tambahan aq..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. sangat membantu. tq

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bermanafaat pada org yg baru revert kepada Islam

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..perkongsian yang baik utk semua..semoga success

    ReplyDelete
  7. Syukrann. Alhamdullillah. Good info.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Amatlah membantu💕

    ReplyDelete
  9. Salam..rasanya utk niat solat terawih tue bukan sengaja aku solat...tp,sahaja aku solat...��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun maksudnya sama, jadi untuk lebih menyenangkan sudah ditukar. Terima kasih. :)

      Delete
  10. Terima ksih bnyak dpt info yg bermanfaat untuk diri sdri & semua

    ReplyDelete
  11. Thank for the pointer it is very beneficial to all Muslim.Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:45 PM

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:47 PM

    Terima kasih sis. Semoga perkongsian sis ini ada ganjaran pahala daripada Allah untuk sis dan keluarga.

    ����

    ReplyDelete
  14. Perlukah kita niat semula setelah solat tarawih 2 rakaat sebelum memulakan solat 2 rakaat seterusnya

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:58 PM

    Alhamdulillah sngt membantu bagi sy yg baru mula berhijrah,moga Allah permudahkan urusan mu selalu, sngt la lengkap, terima kasih

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top