Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.



NO-BAKE INSTANT CEREAL CHOCOLATE POD 3 BAHAN

Oleh @danish.harraz


Bahan-bahannya:-

  • 140g (2 cawan) Instant Cereal (Nestum timbang boleh beli di baking store)
  • 320g (2 cawan) Choc Compound, cairkan dengan double boil atau guna microwave (Danish campur 1 cawan milk choc + 1 cawan dark choc. Rasa nestum pod nya manis just nice.
  • Boleh guna semua milk jika suka lebih manis ya)
  • Hazelnut Spread secukupnya (boleh juga guna chocolate yang dicairkan, peanut butter atau apa-apa yang dirasakan sesuaie dngan selera)
  • (OPTIONAL) Sedikit Almond Nibs atau apa kekacang kegemaran yg telah disangai/panggang sebagai topping


TIPS:

PENTING: Bila siap gaul terus scoop dan tekan sedikit untuk isi filling bagi mengelak adunan jadi kering kerana chocolate mula mengeras dan untuk elak bila kita tekan nanti tepi-tepi pod jadi tak smooth.

Jika tak mahu guna cupcake liner, boleh juga terus bulat-bulatkan dan susun dalam tray. Kemudian tekan sedikit ditengahnya supaya senang untuk pipe kan filling.

Simpan dalam chiller hingga Cereal Pod mengeras, dalam 15 minit atau lebih bergantung pada peti sejuk. Bila Pod sudah mengeras, keluarkan dan biarkan diluar sekejap supaya lembut sedikit sebelum dimakan.

Selepas siap Danish simpan dalam bekas dan biarkan diluar dalam suhu bilik. Jangan biarkan di tempat yang suhunya panas. Danish tak simpan dalam peti sejuk dan ianya kekal elok dan tak cair.

 

Terima kasih kasih adik Danish sudi berkongsi resepi dengan semua. 


#DanishsRedKitchen




"Apabila kita improve cara kita baca al-Quran, kita juga sedang cuba ubah (improve) hidup kita." - Ustaz Hafiz

"Apabila kita berpaut dengan manusia, kita akan kecewa. Jika kita berpaut dengan Allah, Dia tak akan mengecewakan kita." - Ustaz Hafiz.

2

"Nak tak nak, memperbaiki makhraj (bacaan Quran) memang kena banyak latihan, dan kena ada yang mengajar kita." - Ustaz Hafiz.

Kalau surah al-Ikhlas, tentang keyakinan dan percaya, surah al-Falaq pula untuk minta Allah lindung kita daripada 2 perkara:

- Syaitan dan Jin
- Manusia

*Surah al-Falaq ini diturunkan sebab nak beri kekuatan Nabi ketika Baginda terkena sihir. 

Surah al-Falaq ini juga boleh dibaca untuk elak kawan bermuka-muka dan yang berniat tidak baik. Supaya kita didekatkan dengan kawan-kawan dan circle yang baik.

3

Hari ini kita belajar bacaan hujung ayat dan tadabbur surah An-Nas.

"Dalam setiap diri kita ada bisikan syaitan. Ada Qarin (nafsu/diri kita). Dia attack masa kita sedih dan masa gembira.

Masa sedih kita diserang prasangka buruk melampau misalnya (lagi-lagi apabila tak dirawat). Itu yang kita kena jaga." - Ustaz Hafiz. 

"Untuk melemahkan Qarin, perlu berdamping dengan al-Quran. Qarin sendiri bermaksud pedamping (teman baik). Kalau dia makin lemah, dia stay je tapi tak dapat bisik apa-apa pada kita."

"Cara kedua melemahkan Qarin, selalu berzikir. Qarin akan makin kecil apabila kita makin berzikir."

" - Kenapa kita perlu delay bahagia kita? Sedangkan Allah dah bagi jawapan. Al-Quran itu antara jalan bahagia kita. - Kita dapat kekuatan apabila mendalami ilmu al-Quran. - Jika kita dapat kuasai dalaman kita, kita akan bahagia." - Ustaz Hafiz.

 "Kalau kita yakin dengan Allah, baca bismillah pun ada kesan dia. Itu the power of yakin." - Fatin Nabila.

4.

Surah al-Kafirun adalah berkenaan tauhid & dibaca sebelum tidur untuk elak kesyirikan kepada Allah. Ia turun ketika orang kafir cuba berkompromi untuk dapatkan tempat di Kaabah & mahu Rasul memuja Tuhan mereka. Namun Rasul tak setuju & sangat teguh pendiriannya.

"Jika kita membesarkan Allah dalam hati, insya-Allah kita akan segera tunaikan solat pada waktunya." "Kita mudah distract dengan macam-macam sebab kita tak clear dengan tujuan hidup kita. Kita susah nak mengimbangi apa kita nak buat." - Ustaz Hafiz

"Untuk faham solat, kena tambah ilmu pasal solat. Dengan kefahaman baru, kita akan improve. - Solat ini tak apa buat terpaksa dulu, nanti kita sendiri akan nak perbaiki. - Kita mudah kusyuk, kalau kita selami kisah dalam solat."

" - Bila kita improve solat, kita akan improve hidup kita. - Selalu cakap perkara positif pada diri kita, insya-Allah perkara itu akan membantu kita. Minda kita ini CEO of our body. Itu penting selalu cakap baik-baik. Berkata baik juga adalah sedekah." - Fatin

"Semua dengan izin Allah. Kita nak baca al-Quran pun dengan izin Allah, kita dipertemukan pun dengan izin Allah. Alhamdulillah.

5
 Hari ini tadabbur surah al-Humazah dan surah al-Maun. Kalau dengan saudara Jalal tadi, beliau terangkan tentang idgham. Ini sebelum tadabbur, Ustaz ajar dulu tentang hamzah wasal. Then baru proceed sebab dan hikmah turun dua surah itu.

Surah al-Humazah tentang:

i - Golong pengkeji (yang suka mengata depan-depan, yang suka mengutuk/membawang atau yang suka mengejek). 

ii - Penghitung harta. Tak semestinya kaya. Tapi jenis yang mengira-ngira harta (selalu check). Sebab boleh sukarkan bersedekah. 

"Golongan pengkeji ni bukan dosa kecil atau dosa besar, tapi adalah sikap ahli neraka hutomah. Jadi bila kita dah tahu ini, kita berhenti terus jangan buat dah." - Ustaz Hafiz

Sedekah paling terbaik adalah untuk keluarga. Jika tak mampu banyak, sedikit ikut mampu kita pun tak apa.

Selalu doa untuk kita dimurahkan rezeki agar dapat bantu keluarga. 

"Ya Allah sempurnakan rezekiMu padaku supaya aku dapat sempurnakan rezeki keluargaku."

Surah al-Maun pula adalah pesanan untuk golongan berilmu dan beriman. Meliputi hal seperti: - Tidak menghormati anak yatim - Tidak bagi makan orang miskin - Solat tapi kena marah - Riak - Tidak bantu jiran. 

"Dalam rezeki kita, ada keperluan dan rezeki untuk orang lain. Adanya orang miskin bukan sebab mereka diuji tapi kita yang diuji." 

Tak bantu jiran, termasuk dalam mendustakan agama (melibatkan bantu bab asas). Asas makanan misalnya, bukan over/terlalu banyak.

* Solat tapi Tuhan marah (sebab itu kita tak tenang dan solat itu tak membaiki kehidupan kita): - Solat 2 in 1 (hujung waktu) - Solat laju (walaupun awal waktu) - Solat dalam keadaan malas * Elakkan riak - pastikan buat sesuatu kerana Allah bukan untuk manusia.

6

Selain belajar tajwid daripada Qari Jalal, hari ini kita akan tadabbur surah al-Qadr & surah as-Shahr melalui Mujahid kita, Ustaz Hafiz.

Hari ini belajar makhraj dan hukum tajwid Qalqalah dan Ikhfak dengan Qari Jalal.


"Dalam tajwid ni, sifat huruf paling susah. Sebab banyak." - Qari Jalal.

Dengan Ustaz Hafiz hari ini, belajar tentang teknik stabilkan nafas.

"Kalau nafas kita cukup, kita akan mudah baca dengan baik dan berlagu." - Ustaz Hafiz.

"Persiapan untuk malam Lailatulqadar ini kita bukan saja kena cantik luar, wangi (sebab malaikat suka wangi-wangi), pakai cantik-cantik sebab ini event besar, kita juga kena ready dalaman, hati kita. Maafkan semua orang." - Ustaz Hafiz.

- "Jika penat, paling tidak, solat malam itu, mengaji, baru tidur." - "Tulis apa kita nak perbaiki. Perkara-perkara lagho ni kita kurangkan. Kita slow down." - "Untuk wanita 'cuti', banyakkan zikir, doa & join majlis ilmu malam tu kalau ada live di internet."

"Minta kekuatan untuk meninggalkan maksiat. Taubat. Doa selalu, sampai kita rasa tawar hati nak buat." "Kena berlapik dalam doa. Contoh, doa murah rezeki. Minta Tuhan sempurnakan. Sebab kalau minta luas, luas sangat." Sekian tentang surah al-Qadr

Surah al-Sharh: Selalu jadi surah motivasi. Tuhan janji, lepas kesusahan akan ada kemudahan. "Ini tentang belief system. Nak akur dengan ujian, kita kena pandang dengan rasa syukur, minta Tuhan tukarkan kepada kenikmatan, redha & ganti dengan kebaikan.". 

"Surah as-Shahr ni (Alam Nasyrah) ini memang kita kena baca setiap hari. Untuk ringankan beban."

Selalu kita disuruh amalkan doa minta ampun pada #Lailatulqadar. "Nabi suruh kita minta ampun sebab Nabi nak mata hati kita cerah. Sebab kita akan mampu lihat kasih sayang Tuhan melalui angle lain. Supaya kita lebih nampak jelas tujuan hidup kita." - Ustaz Hafiz

Siapa yang mahir baca al-Quran, Allah akan bangkitkan dengan Malaikat. Yang merangkak-rangkak baca, Allah akan bagi dua pahala." - Qari Jalal. "Jom bersama dan buat pilihan untuk setuju kita fokus 10 #Ramadan terakhir kita. Insya-Allah.".

Sekian

Sumber:





Peluang Raya 'Lirik'..


Raya dah menjelma 

Hatiku gundah & gulana 

Ingin jumpa mereka 

Apa agaknya jawapannya


Ini peluang raya 

Berjumpa mama papa

Datanglah hai cik abang 

Jika benar tanda sayang 


Diantara berjuta-juta bintang 

Hanyalah kau yang paling ku sayang 


Diantara berjuta-juta kumbang 

Hari raya ku bawa kau pulang 


Lama ku idamkan 

Untuk beraya bersama 

Baju sedondon 

Oh meriahnya suasana 

Beramah bemesraan 

bersalaman mama papa

Selamat oh hari raya

ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS? MALAM GRADUASI


πŸ—“️ 1 June 2024

πŸ“ Axiata Arena Kuala Lumpur


🎟️ RM228, RM288, RM328, RM428, RM588

πŸ”— ticket2u.com.my/AADMellyFriends







https://twitter.com/xallehrazax/status/1762122260155171158?t=hy8oncNQ9cVFQTVGzuDKnw&s=19








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top