Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Antologi puisi merdeka: Bianglala Melukis Syurga


Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top