Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Drama Aku Di Sisimu (TV1)



Drama RTM Aku Di Sisimu (TV1) | Mengisahkan seorang isteri (Laila) yang sanggup membuka rumah jagaan untuk menjaga suaminya yang koma dan ramai pesakit lain (dibantu sahabatnya, yang pernah menjadi jururawat hospital). Dia juga ada dua orang anak kecil. Pesakit lain yang dijaganya, ada yang menghidap kencing manis, lumpuh, autisme dan early onset alzheimer.


Antara yang menarik perhatian saya, watak suami (Azhan Rani) kepada salah seorang pesakit; isterinya (yang masih muda tapi hilang ingatan), tetap kekal setia dan bertanggungjawab, walaupun kadangkala hampir putus asa, namun kembali dikuatkan oleh Laila dan semangat dalam dirinya sendiri.

Sumber: @zahralovera
Malah salah faham Laila dengan sahabatnya (bekas jururawat hospital itu), sehingga menyebabkan sahabatnya berundur adalah detik yang paling mencabar bagi Laila. Sehingga perlu mencari pengganti yang sesuai.

Lakonan Fouziah Gous sebagai Laila dan dua anaknya, adik Wan Rania Humaira serta Isqandar begitu menjadi. Malahan penggerak utama cerita ini adalah Pak Shukor, (pemberi idea asal Rumah Seri Pagi ini) seorang pesakit kencing manis dibawa oleh aktor hebat iaitu Hilal Azman. Pelakon lain seperti Azhan Rani, Hafiz Halim dan Natasha Elyzza juga bagus.

Sumber: @Rania_441
WATAK PELAKON
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Azhan Rani sebagai Faizal
Haeryanto Hassan sebagai Nasa
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Wan Rania sebagai Sarah
Azzahra Ahmad sebagai Ummi
Hafiz Halim sebagai Rozali
Fikri Zubiri sebagai Azril
Hafiizh Alias sebagai Shahril

Dalam drama ini banyak juga isu lain seperti cabaran dari segi kewangan, persahabatan dan pelbagai lagi perkara yang bermain dengan perasaan.
Antara yang saya dapat dalam drama ini adalah, masing-masing kita ini ada sakit, suka duka dan perjuangan tersendiri dalam hidup. Walaupun kadangkala wujud salah faham, namun masih cuba dan mahu berusaha memberi yang terbaik untuk satu sama lain.
Cerita ini belum tamat lagi semasa saya menulis ini, pada penghujung Januari 2018.

Disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 7 malam di TV1. Boleh tengok juga episod lalu drama #Akudisisimu ini (online) di laman web: https://myklik.rtm.gov.my/program/59496/59497

@fouziahgous
- Lagu temanya dinyanyikan Nieyl Mentor.
🌸 Benda baik kita perlu kongsi sama-sama.

1 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top